Khamis, Jun 10, 2010

NAJIB GUNA ANALOGI BOLA SEPAK UNTUK MAJUKAN MALAYSIA

Najib Guna Analogi Bola Sepak Untuk Majukan Malaysia

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Piala Dunia yang bermula pada Jumaat di Afrika Selatan turut mewarnai ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) di Dewan Rakyat pada Khamis.

Diketahui sebagai penyokong setia Manchester United, Perdana Menteri menyuntik "semangat daripada Piala Dunia" itu ketika membuat kesimpulan pembentangannya dengan menggunakan analogi kejayaan sesebuah pasukan bola sepak sebagai kiasan untuk merealiasasikan hasrat menjadikan Malaysia negara maju.

"Bagi sebuah pasukan bola, untuk berjaya, kesemua pemain tanpa mengira posisi perlu bekerjasama serta bermain sebagai satu pasukan.

Walaubagaimana hebat pun pemain secara individu, mereka hanya akan menggondol kemenangan sebenar secara berpasukan.

"Untuk berjaya, kita perlu bekerja sebagai pasukan 1Malaysia yang seia, sekata, sebaris, sederap dengan satu wawasan, satu matlamat dengan satu citra, mempersembahkan yang terbaik kepada Malaysia dengan segala kudrat yang termampu," katanya.

Najib turut mengambil contoh tiga penyerang terulung dunia, Wayne Rooney (England), Lionel Messi (Argentina) dan Cristiano Ronaldo (Portugal) yang tetap memerlukan pemain terbaik di setiap posisi seperti pertahanan dan penjaga gol untuk terus mencipta kejayaan berpasukan.

"Orang Melayu, China, India, Iban, Kadazan, Dusun, Melanau, Murut, Sikh, Asli, Serani dan Siam, setiap etnik di bumi tercinta ini telah menyumbang kepada terbangunnya sebuah negara bangsa Malaysia yang aman dan makmur seperti hari ini.

"Perlu diingat, ia tidak dapat menandingi potensi sumbangan yang mampu dihasilkan oleh mereka semua seandainya dilakukan secara kolektif," katanya.

Perdana Menteri turut menggunakan kiasan acara larian berganti-ganti bagi menggambarkan pilihan yang perlu dibuat oleh rakyat Malaysia, antara masa depan yang gemilang atau masa depan yang suram.

"Hari ini, ibarat kita berada pada pusingan akhir lumba larian berganti-ganti dengan baton sudah berada di tangan, hanya menanti tekad untuk menggapai kejuaraan.

"Lantaran itu, saya ingin mengajak rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, anutan agama dan fahaman politik supaya bersama-sama dengan kerajaan untuk mencipta sebuah Malaysia yang lebih baik, di mana semua mempunyai rasa kepunyaan dan semua bakat dihargai dan digunakan sebaik-baiknya, katanya.

15 ulasan:

  1. Betul, kerjasama dari semua pihak amat diperlukan jika kita ingin mencapai 1 Malaysia.

    BalasPadam
  2. oleh itu fokus kepada perpaduan, kerana dari hidup bersatu padu itulah akan wujudnya kerajasama.

    BalasPadam
  3. semangat kerjasama dan perpaduan perlu wujud jika kita ingin berjaya dan kukuh.

    BalasPadam
  4. Ya, saya sokong. Bak kata bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

    BalasPadam
  5. 1Malaysia, memang malaysia boleh melakukan dengan pelbagai etnik kita bersatu menjadi 1 rakyat di Malaysia. kita bangga dengan keamanan dan kemakmuran yang di miliki oleh pelbagai etnik di negara ini.

    BalasPadam
  6. semangat berpasukan seperti yang ditunjukkan oleh pasukan bola terbaik dunia haruslah dicontohi. malaysia yang mempunyai banyak etnik harus bersatu padu agar negara kita akan terus maju dan kuat.

    BalasPadam
  7. kerjasama dan perpaduan antara kaum harus dipelihara agar negara kita sentiasa dalam keadaan yang harmoni yang seterusnya memungkinkan pembangunan di capai sepenuhnya..

    BalasPadam
  8. Saya percaya 1Malaysia bolah berjaya. Kitya kenalah bekerjasama...

    BalasPadam
  9. Cooperation both Gov't and the People are very much needed.

    BalasPadam
  10. Insya-allah, 1Malaysia dapat dijayakan dengan adanya kerjasama dari semua orang. Hidup 1Malaysia!

    BalasPadam
  11. Saya sokong tu. Untuk memastikan negara kita menuju ke arah 1Malaysia, kita memang patut bekerjasama :)

    BalasPadam
  12. Setuju dengan pandangan kamurang semua. 1Malaysia memang memerlukan kerjasama daripada semua pihak di seluruh pelusuk Malaysia barulah berkesan. kalau sendirian ja, na itu bukan 1Malaysia tapi 1orang. hehehee

    BalasPadam
  13. Hidup 1Malaysia.. Najib jugalah yang paling hebat, bijak mengaplikasikan keadaan semasa bagi memudahkan rakyat lebih faham akan 1Malaysia.
    Sebagai rakyat, marilah kita sambut seruan ni dan sama2 lah kit berusaha utk capai 1Malaysia.

    BalasPadam
  14. Actually, it does make sense.

    BalasPadam
  15. Harap Najib tidak cakap tak serupa bikin.

    BalasPadam