Selasa, Jun 15, 2010

DI SINGAPURA BAYARAN BAGI PERKHIDMATAN INTERNET UNTUK KELAJUAN ASAS 2 MEGABIT SESAAT (MBPS) ADALAH S$10 (KIRA-KIRA RM20) SEBULAN DAN INI JUGA BOLEH DILAKUKAN DI MALAYSIA - RAIS

Kerajaan Kaji Untuk Turun Harga Perkhidmatan Internet

SINGAPURA, 14 Jun (Bernama) -- Kerajaan dalam usaha melebarkan perkhidmatan jalur lebar ke seluruh negara sedang mengkaji untuk mengurangkan bayaran perkhidmatannya bagi memastikan rakyat, terutama di luar bandar mampu memiliki perkhidmatan tersebut.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata di Singapura bayaran bagi perkhidmatan internet untuk kelajuan asas 2 megabit sesaat (Mbps) adalah S$10 (kira-kira RM20) sebulan dan ini juga boleh dilakukan di Malaysia memandangkan sekolah kini dikenakan kadar RM20 sebulan untuk kelajuan yang sama.

Syarikat telekomunikasi disarankan supaya realistik dalam menetapkan kadar bayaran perkhidmatan tersebut dan sentiasa melihat apa yang negara lain capai seperti Korea, Taiwan, China, Singapura, Indonesia dan Thailand.

Ini selaras dengan usaha kerajaan di bawah Rancangan Malaysia ke-10 (RKM-10) untuk meningkatkan penembusan jalur lebar secara signifikan dengan menetapkan sasaran peningkatan penembusan jalur lebar isi rumah kepada 75 peratus menjelang akhir tahun 2015, katanya kepada wartawan Malaysia selepas menghadiri Forum peringkat Menteri Penerangan, Komunikasi dan Teknologi (ICT) ke-6 sehari di sini hari Isnin.

Rais berkata syarikat komunikasi boleh mengenakan bayaran berbeza untuk rakyat yang mahu perkhidmatan jalur lebar asas dan mereka yang mahu perkhidmatan internet dengan kelajuan yang lebih pantas.

Beliau berkata ini adalah antara usaha kerajaan dalam membangunkan jalur lebar di negara ini selaras dengan kemudahan asas negara, bagaimanapun usaha ini akan dilakukan cara berperingkat-peringkat mengikut kewibawaan syarikat telekomunikasi negara.

Selain keperluan merumuskan kos komunikasi talian tetap dengan talian tanpa wayar bagi mewujudkan kadar yang sesuai untuk perkhidmatan tersebut, katanya.

Rais juga berkata pada sesi forum hari ini, beliau turut mengemukakan usaha kerajaan Malaysia untuk memastikan penduduk luar bandar juga mendapat perkhidmatan jalur lebar yang sama dengan penduduk bandar yang akan dibangunkan sebagai salah satu prasarana asas negara, iaitu bekalan air, elektrik dan jalan raya, yang mendapat sambutan positif daripada peserta.

Rais juga berkata pada forum hari ini yang turut dihadiri oleh tokoh industri telekomunikasi, mereka turut berbincang mengenai sama ada perundangan perlu diadakan bagi mengawal kenaikan kos perkhidmatan jalur lebar bagi memastikan kos terkawal.

Bagi Malaysia, ia memberikan persekitaran menentukan kos, tetapi jika syarikat telekomunikasi menaikkan kos perkhidmatan dengan tiba-tiba, kerajaan akan mengambil tindakan bagi memastikan ia tidak menghalang rakyat untuk mendapat perkhidmatan tersebut, katanya.

Sementara itu Lui dalam ucapan pembukaannya berkata dengan ekonomi global, pemulihan ICT sedang meningkat dengan perbelanjaan IT global dijangka mencecah US$3.4 trilion pada tahun ini berdasarkan penyelidikan yang dijalankan oleh Gartner, salah sebuah syarikat penyelidikan dan penasihat IT utama dunia.

"Pertumbuhan yang kecil tetapi yag berkekalan sebanyak 5.3 peratus pada tahun lepas. Pertumbuhan 4.2 peratus dijangka pada tahun ini," katanya sambil menambah bahawa pertumbuhan kekal dalam konteks peningkatan keperluan perhubungan untuk mengukuhkan pembangunan sosial yang boleh meningkatkan persaingan ekonomi.

----

ARTICLE DEDICATED TO ALL MALAYSIA BROADBAND INTERNET SERVICE PROVIDER

9 ulasan:

  1. kerajaan perlu berusaha menggerakkan Malaysia seiring dengan negara2 asia yang lain dengan meningkatkan penembusan jalur lebar di seluruh negara..

    BalasPadam
  2. Ini adalah idea yang bagus. Saya setuju, murah juga.

    BalasPadam
  3. Uii siuk ni. Jika dilaksanakan takda lagi lah individu buta IT. hehhee

    BalasPadam
  4. Saya sokong idea ni. Bagi saya ia sangat berbaloi dan mampu mendedahkan setiap rakyat terhadap arus perkembangan teknologi maklumat (internet).

    BalasPadam
  5. ini akan dapat mendedahkan masyarakt terhadap penggunaan IT. ia seterusnya dapat melahirkan lebih ramai golongan yang celik IT.

    BalasPadam
  6. jika caj perkhidmatn internet diturunkan, ia secara langsung akan menggalakkan dan memudahkan orang ramai untuk menggunakan jalur lebar. perkhidmatan internet juga dapat digunakan oleh semua orang tak kira golongan kaya ataupun miskin.

    BalasPadam
  7. Singapore's broadband service is not only fast, but also cheap, unlike those in our country.

    BalasPadam
  8. Tiada apa yang tak mungkin, jika kerajaan ada hati nak membantu rakyat, pasti boleh melakukannya.

    BalasPadam
  9. ia akan menggalakkan lebih ramai pengguna internet di malaysia.

    BalasPadam