Isu Setempat Punca BN Kehilangan Kerusi Parlimen Sibu
"Saya tidak faham kenapa kami di Sibu yang mempunyai tanah yang luas tidak mampu membawa masuk pelaburan untuk mewujudkan lebih banyak kerja untuk penduduk. Kami telah kerugian selama ini. Apa yang kami tahu ialah sesetengah rumah ahli politik semakin hari semakin besar,"
"Kami tidak kisah sama ada kampus cawangan atau kolej dan universiti penuh ditubuhkan di Sibu. Apa yang kami mahu ialah menjimatkan kos dengan tidak perlu menghantar anak kami melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi di tempat lain. Jika Miri dan Kuching ada kemudahan itu, kenapa tidak Sibu?,"
kata seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali melalui nama keluarganya Wong.
----
Sabah, Sarawak Akan Terus Jadi 'Simpanan Tetap' BN Kata Salleh Said Keruak
"Ianya (keputusan pilihan raya kecil Sibu) tidak menggambarkan sokongan keseluruhan masyarakat di akar umbi. Ianya kes terpencil yang berasaskan isu-isu tempatan. Saya percaya mereka akan menyesal kerana dengan mengundi pembangkang tidak akan menyelesaikan masalah mereka, dan pada pilihan raya akan datang mereka akan kembali kepada BN.
"Majoriti rakyat di Sabah, dan saya percaya juga di Sarawak, masih menyokong BN. Kita tidak boleh membuat kesimpulan berasaskan pilihan raya kecil ini sahaja dan kita mesti membuat analisis atau bedah siasat,"
bukan BN yang gagal,, tapi pemimpin di daerah tersebut yang gagal membawa pembaharuan dan tidak peka dengan keperluan semasa rakyat.
BalasPadamdiharapkan analisis kekalahan BN di sibu dapat diguna pakai untuk memperbaiki prestasi mereka di negeri2 lain. semua pemimpin perlu sedar dan melaksanakan setiap dasar atau projek kerajaan dengan jujur dan teliti.
BalasPadamMemang tak wajar kalau asyik melayan orang Sabah dan Sarawak sebagai Deposit Tetap.
BalasPadamJuga tak wajar menunding jari kepada rakyat kerana tidak mengundi BN, rakyat berhak mengundi pemimpin yang diingini.
BalasPadamMy guess is that BN is way too over-confident on winning Sibu but instead DAP manage to gather lots of votes from the Chinese. We are not talking about who's wrong and who's right. It's the peoples choice for voting DAP because they have lost confidence on the leaders of the ruling party. Lesson to be learn: never underestimate the People's votes and power.
BalasPadamKekalahan BN di Sibu adalah tipis dan saya andaikan ia bukanlah patut diletakkan di bahu BN dan BN tidak salah. Bagi saya jentera BN yang salah dan tidak melaksanakan tugas sehingga penduduk Sibu tersinggung!
BalasPadamSebagai rakyat, kita memang harap kerajaan akan sepenuh hati membantu rakyat untuk meningkatkan kualiti hidup serta membawa pembagunan kepada negeri kita.
BalasPadamThe people made their decision, so I hope BN will stop making such remarks. If BN wanted to win back the people, they must work harder.
BalasPadamSiapa yang bagus, rakyat pasti tahu.
BalasPadamIf BN wanted to win back the people's support, they should do more rather than doing empty talk.
BalasPadam