Muhyiddin Minta Persatuan Cina Jangan Prasangka Buruk Terhadap Kerajaan
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta sesetengah persatuan Cina di negara ini supaya mengikis sikap berprasangka buruk terhadap kerajaan Barisan Nasional.
"Jangan kerana kerajaan tidak memberi respon dan tidak menjawab kepada memorandum atau cadangan mereka, kerajaan dikatakan tidak mengambil kira kepentingan kaum Cina di negara ini," kata Timbalan Perdana Menteri.
Malah, beliau turut menyelar beberapa media yang cuba membangkitkan kenyataan yang berbaur perkauman.
"Ini kenyataan sedikit berbaur perkauman, dan ini telah diputar-belitkan oleh media. Maaflah saya katakan bahawa sesetengah media Cina (akan salahkan) kerajaan kalau Cina minta, (kerajaan) tak bagi, kalau Cina tuntut, tak bagi...kalau Cina hantar memo, tidak diambil kira.
"Saya tidak fikir sikap itu baik. Mereka mesti bersikap terbuka dan bersedia kerana setiap keputusan kerajaan itu mengambil kira semua pihak. Jadi, dengan sebab tidak ada respons tidak bermakna tidak diambil kira,"
"Urusan kerajaan tidak boleh setiap kali orang hantar, kita respon. Kita ambil kira soal-soal yang lebih besar. Kalau hendak ambil kepentingan satu kaum, kena juga ambil kira kepentingan kaum lain.
"Itu dasar yang sudah kita amalkan sejak dulu. Jadi, kepada persatuan-persatuan Cina, saya mohon supaya mereka bersikap lebih saksama, jangan buat dan timbul tanggapan, kerajaan tidak layan,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan