PAS Kelantan Buat Laporan Polis Berhubung Imej Blog Yang Bersifat Provokatif
KOTA BAHARU, 7 Feb (Bernama) -- PAS Kelantan membuat laporan polis berhubung ilustrasi grafik yang bersifat provokatif membabitkan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah laman blog.
Setiausaha Keselamatannya Mejar (B), Mohamad Ibrahim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu di sini, pukul 12 tengah hari.
Beliau diiringi 20 anggota PAS termasuk Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Hisham Fauzi.
Mohamad berkata beliau membuat laporan itu kerana berpendapat tindakan penulis blog itu adalah bersifat provokatif dan bertentangan dengan undang-undang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan