Gempa kuat 7.3 magnitud landa Okinawa, Jepun
TOKYO: Gempa kuat melanda selatan Jepun di Pulau Okinawa, awal pagi tadi dengan agensi meteorologi segera mengeluarkan amaran kemungkinan tsunami setinggi dua meter tetapi menariknya semula selepas itu.
Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa berukuran 7.3 magnitud itu melanda jam 5.31 pagi waktu tempatan (2031 GMT) di 84 kilometer (km) di timur ibu negeri kepulauan itu di Naha, atau kira-kira 1,600 km di selatan Tokyo.
Agensi Meteorologi Jepun bagaimanapun mengeluarkan ukuran gempa 6.9 magnitud dan segera memberi amaran kepada penduduk berdekatan pantai supaya menyelamatkan diri ke tempat tinggi tetapi amaran tsunami kemudian ditarik balik.
Pegawai polis Okinawa, Noritomi Kikuzato memberitahu, tiada laporan mengenai mereka yang cedera atau kerosakan teruk.
"Pertama kami ada merasa gegaran yang kuat kemudian perlahan Gegaran kuat itu dirasai dalam 10 saat," katanya.
----
Tsunami kecil landa selatan Jepun akibat gempa
TOKYO: Pulau Okinawa awal hari ini digegarkan gempa kuat awal selepas kali terakhir 15 tahun lalu dengan menyebabkan tsunami kecil.
Gempa berukuran 7.0 magnitud berlaku di kedalaman 22 kilometer (km) dengan pusat gegaran terletak di 81km di barat daya ibu negeri Naha, lapor Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).
Agensi Meteorologi Jepun kemudian mengeluarkan amaran tsunami di pesisiran Okinawa, tetapi menariknya semula.
Agensi juga turut mengeluarkan amaran berasingan mengenai kemungkinan berlakunya tanah runtuh di Okinawa, apabila hujan diramal berlaku di pulau itu lewat hari ini.
Bagaimanapun, laporan terbaru menyebut berlaku peningkatan ombak setinggi 10 sentimeter (4 inci) di sebelah selatan Okinawa yang membawa tsunami kecil.
Ia adalah gegaran kuat berlaku di Okinawa sejak 1996 selepas Agensi Meteorologi Jepun meletakkan alat mengesan gegaran gempa di pulau yang turut menjadi pangkalan tentera Amerika Syarikat itu.
Setakat ini, dua orang berusia 66 dan 74 dilaporkan cedera akibat gempa itu tetapi mereka tidak mengalami kecederaan serius.
Paip air dilaporkan rosak teruk di 20 tempat dengan pokok dilaporkan tumbang terutama di bahagian tengah Okinawa.
"Gempa bumi ini amat menakutkan dan mengejutkan kami daripada tidur," kata Yasushi Ohama, seorang pegawai kerajaan Jepun di pulau itu.
"Bagimanapun penduduk tidak panik dan perniagaan berjalan seperti biasa di sini," katanya.
Di Tokyo, Perdana Menteri, Yukio Hatoyama berkata kerajaan akan menubuhkan pusat perhubungan di pejabat Perdana Menteri untuk mengumpulkan maklumat mengenai kejadian gempa itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan