"Tanpa peningkatan kos sara hidup, kita tidak boleh menikmati pendapatan lebih tinggi,"
"Bagi kerajaan, ini soal menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi. Kerajaan juga perlu ada wang untuk membayar upah yang lebih tinggi kepada anggotanya,"
Pendapatan yang lebih tinggi juga akan membolehkan rakyat Malaysia membeli lebih banyak kerana peningkatan pendapatan akan lebih tinggi daripada kenaikan harga keperluan harian.
Rakyat Malaysia tidak harus bersungut tentang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan kerana negara ini menikmati harga terendah bagi hampir segala-galanya, berbanding negara-negara jiran sekalipun.
"Malah kebanyakan negara pengeluar minyak juga menjual produk petroleumnya pada harga yang lebih tinggi. Jadi, jika rakyat mahu pendapatan lebih tinggi, mereka mestilah menerima hakikat perlu membayar lebih bagi apa juga yang mereka beli,"
m
Tiada ulasan:
Catat Ulasan