Rabu, Januari 20, 2010

'A HUNGRY MAN IS AN ANGRY MAN'

Pembohongan demi pembohongan dilakukan sehingga rakyat menjadi keliru. Akhirnya yang benar menjadi palsu dan yang palsu menjadi benar, yang makruf menjadi mungkar, yang mungkar menjadi makruf, yang adil menjadi zalim, yang zalim menjadi adil dan yang hak menjadi batil, yang batil menjadi hak,"

 

"Kita tidak boleh mencapai kestabilan politik tanpa keutuhan ekonomi begitu jugalah kita tidak mendapat keutuhan ekonomi tanpa kestabilan politik. Kata pepatah Barat 'A hungry man is an angry man'. Orang lapar akan marah dan dalam sistem demokrasi, kemarahan itu diterjemah dalam bentuk undi,"

 

"Dalam internet tidak ada 'gatekeeper' (pengawal). Sesiapa sahaja boleh memasukkan maklumat, tidak kiralah betul atau salah. Pembaca sendiri yang akan membuat penilaian betul atau salah, diterima atau dibakul sampah,"

 

"Dalam menangani isu-isu penggunaan internet, maka pendekatan kerajaan harus berubah daripada 'enforcement' (penguatkuasaan) kepada 'engagement' (berhubung). Maka di sinilah saya melihat peranan pegawai-pegawai Jasa untuk mendampingi pengguna-pengguna internet khususnya pengguna media baru dan mencorakkan pemikiran mereka,"

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan