Lapan remaja dimasukkan ke hospital akibat sos cili
BERLIN 21 Jan. - Lapan remaja dimasukkan ke hospital selepas menguji keberanian dengan meminum sos cili yang 200 kali lebih pedas daripada biasanya.
Pasukan Palang Merah di selatan bandar Augsburg berkata, seramai 10 remaja lelaki berusia antara 13 dan 14 tahun dipercayai telah bertindak meminum sos itu semalam di sekolah.
Agensi berita Jerman, DAPD memetik Palang Merah sebagai berkata, kumpulan remaja itu telah mengadu sakit dan kesemua mereka kemudiannya dibawa ke hospital.
Mereka juga dirawat semalaman untuk pemantauan.
Palang Merah berkata, mengikut skala Scoville, yang mengukur tahap kepedasan sos, sos itu dikatakan 535,000 lebih pedas berbanding 2,500 bagi sos Tabasco normal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan