Sabtu, Januari 09, 2010

"INILAH KONSEP KITA. JADI JANGAN TUDING JARI MENGATAKAN UMNO INI RASIS...BILA ADA GEREJA TERBAKAR, KATA UMNO INI JAHAT. SAYA KATAKAN DI SINI, KITA MENGUTUK PERBUATAN ITU DAN MAHU BERLAKU ADIL...KALAU POLIS BOLEH CARI SIAPA YANG MELAKUKAN PERKARA INI, KITA HUKUM DIA DENGAN ADIL DAN SAKSAMA,"

"Sebagai umat Islam kita rujuk kepada dua surah dalam Al-Quran iaitu surah Al Maidah ayat 8 dan An-Nisa ayat 58 di mana Tuhan memerintahkan kalau memimpin atau menghukum mestilah berlaku adil sesama manusia,"

"Kalau hendak kata kita (Umno) rasis, itu sudah menafikan sejarah. Umno tidak pernah (bersifat) parti rasis atau parti melampau,"

"Sehingga hari ini kita pertahankan kaum lain di samping memperjuangkan nasib orang Melayu.

"Inilah konsep kita. Jadi jangan tuding jari mengatakan Umno ini rasis...bila ada gereja terbakar, kata Umno ini jahat. Saya katakan di sini, kita mengutuk perbuatan itu dan mahu berlaku adil...kalau polis boleh cari siapa yang melakukan perkara ini, kita hukum dia dengan adil dan saksama,"

"Anda tidak boleh menghakimkan reaksi daripada seorang atau dua individu sebagai menunjukkan kedudukan parti itu, sedangkan ia sudah jelas berhubung isu ini,"

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan