Satu lagi gereja dilempar bom api
PETALING JAYA: Sebuah lagi gereja di Jalan Othman di sini, Good Shepherd Lutheran Church, turut menjadi sasaran bom api, dipercayai berlaku serentak dengan tiga insiden semalam.
Bagaimanapun, kejadian itu hanya disedari kira-kira jam 2 petang tadi oleh seorang paderi, Augustine Mutusamy, 43, yang lalu di hadapan gereja terbabit dan melihat dua kesan terbakar pada dinding bangunan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya menerima laporan kira-kira jam 2.05 petang dan terus berkejar ke lokasi.
Katanya, siasatan mendapati dua kesan terbakar pada dinding gereja dan beberapa botol pecah di kawasan itu.
"Melihat kepada kesan terbakar, polis percaya kejadian ini bukan baru sebaliknya serentak dengan tiga lagi kejadian baling bom api, iaitu masing-masing di Petaling Jaya, Desa Melawati dan Damansara, namun ia tidak disedari pihak gereja," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Arjunaidi berkata, berdasarkan maklumat pengurusan gereja, pengawal yang ditugaskan menjaga bangunan itu melaporkan tiada sebarang kejadian mencurigakan sehingga jam 1 pagi semalam.
"Polis kini menyiasat secara terperinci kes ini mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan," katanya.
----
Gereja di PJ turut jadi sasaran bom petrol
09/01/2010 5:43pm
Oleh ASSIM HASSAN
PETALING JAYA 9 Jan. – Sebuah lagi gereja, Good Sheperd Lutheran di Jalan Othman di sini dilaporkan turut menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab apabila dilempar bom petrol.
Kejadian itu hanya disedari seorang paderi di gereja terbabit pada pukul 2 petang ini.
Dipercayai bom tersebut dilempar awal pagi semalam.
----
PJ church attacked, minor damage
Official: 4th church attacked in Malaysia
Official: Fourth church attacked in Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan