Rabu, Januari 20, 2010

DUA BERADIK DAN BAPA SAUDARA MEREKA ANTARA LAPAN LELAKI YANG DITAHAN BERHUBUNG KES PEMBAKARAN GEREJA METRO TABERNACLE AG DI DESA MELAWATI, WANGSA MAJU

Dua Beradik Antara Lapan Ditahan Berhubung Kes Kebakaran Gereja

Dua beradik dan bapa saudara mereka antara lapan lelaki yang ditahan berhubung kes pembakaran gereja Metro Tabernacle Ag di Desa Melawati, Wangsa Maju di sini, baru-baru ini.

"Lelaki berusia 25 tahun itu ditahan pukul 3.30 petang, ketika menerima rawatan di hospital tersebut berikutan kecederaan di bahagian dada dan tangannya akibat melecur,"

"Mereka yang ditahan adalah dua beradik yang berumur 24 dan 25 tahun, seorang lagi bapa saudara kepada adik beradik tersebut yang berumur 26 tahun, manakala lima lagi adalah kawan mereka.

"Dengan penahanan kesemua mereka itu, kita percaya kes kebakaran gereja di Desa Melawati selesai dan kita sedang menjalankan siasatan rapi bagi membolehkan mereka yang terlibat didakwa di mahkamah,"

"Kesemua mereka bekerja dengan syarikat swasta antaranya sebagai kerani, penghantar surat dan kerja pejabat.

"Mereka kini ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman maksimum 20 tahun penjara,"

image"Kita minta orang ramai bersabar dan memberi peluang pada polis untuk menjalankan siasatan terperinci bagi membolehkan kita menghantar kertas siasatan kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

"Jangan cuba kaitkan kumpulan yang ditahan dengan pembakaran gereja-gereja lain,"

 Mohd Bakri juga turut menegaskan kepada orang ramai agar tidak mengambil tindakan sama dengan melakukan tindakan yang boleh menjejeskan ketenteraman negara, kaum dan agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan