Insiden cubaan membakar gereja di beberapa tempat di negara ini dikhuatiri akan menjejaskan pertumbuhan industri pelancongan Malaysia,
Ketegangan isu agama akan mewujudkan perasaan takut di kalangan pelancong asing untuk mengunjungi negara ini dan ia sekaligus menjejaskan ekonomi negara.
"Ini adalah era komunikasi, jadi maklumat amat cepat sampai... pelancong tidak akan memilih tempat yang ada konflik khususnya isu agama,"
Insiden itu menghantar mesej yang salah kepada pelancong asing sedangkan Malaysia sering dilabelkan sebagai sebuah negara harmoni walaupun mempunyai masyarakat berbilang bangsa dan agama.
"Sekarang kita masih memantau lagi perkembangan ini melalui pejabat pelancongan (Tourism Malaysia) di seluruh dunia,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan