Selasa, Disember 15, 2009

PURATA HARGA MINYAK DIJANGKA AS$75 SETONG PADA 2010 BERBANDING AS$61.80 PADA 2009

Purata Harga Minyak Dijangka AS$75 Setong Pada 2010

GENEVA, 15 Dis (Bernama) -- Penggunaan bahan api dijangka meliputi 26 peratus daripada kos operasi syarikat penerbangan pada 2010 selaras dengan jangkaan purata harga minyak (Brent) sebanyak AS$75 setong berbanding dengan harga minyak AS$61.8 pada 2009.

Ketua Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) Giovanni Bisignani berkata angka itu masih disifatkan rendah kerana ia lebih rendah daripada 32 peratus daripada kos operasi pada 2008 tetapi dua kali daripada 13 peratus kos operasi pada 2001-2002.

Mengenai wang tunai, katanya pada 2009, industri itu telah mengumpul sekurang-kurangnya AS$38 bilion di dalam bentuk wang tunai, dengan AS$25 bilion dari pasaran modal dan AS$13 bilion dari jualan dan pajakan pesawat.

Bagi nisbah tunai berbanding perolehan, syarikat penerbangan di Eropah dan Amerika Utara mencatatkan peningkatan tetapi syarikat penerbangan di Asia Pasifik tidak berubah. Peningkatan jumlah wang tunai itu akan menjadi penampan kepada musim aliran trafik yang rendah pada suku pertama akan datang.

"Bilangan pengembara dijangka kembali ke paras tertinggi pada 2007 dan wang tunai itu dijangka membantu syarikat penerbangan mengharungi musim trafik yang rendah berikutan kekurangan perolehan sebanyak AS$30 bilion. Sunguh pun begitu, tahun 2010 dijangka terus mencabar kerana tidak kelihatan sebarang pergerakan ke arah pemulihan," kata Bisignani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan