“Saya terkilan kerana ucapan wakil rakyat dalam Dewan Undangan Negeri seolah-olah tidak ada kesan. Seperti suara anak anjing menyalak bukit dan bukit tidak akan runtuh. Ucapan kami yang mewakili rakyat dan untuk faedah rakyat tidak diambil perhatian serius,”
“Kalau tiada pegawai, hantar kerani pun memadai dan kerani itu akan memaklumkan kepada pegawai yang berkenaan mengenai keperluan sebenar kumpulan sasar iaitu rakyat,”
“Saya bercakap dalam Dewan yang mulia ini banyak kali mengenai perkara yang sama. Saya sudah empat penggal menjadi wakil rakyat tetapi masalah jalan raya di Mukim Rundum dan Ulu Tomani yang terdiri daripada 8 buah kampong-kampung dan 4 buah sekolah rendah hingga sekarang masih tidak selesai dan masih tidak mendapat kelulusan daripada kerajaan.
“Saya telah berusaha berjumpa dengan EPU, berjumpa dengan menteri yang berkenaan, malah membawa Pengarah JKR Sabah melawat ke kawasan berkenaan daripada pagi sehingga malam. Tetapi semuanya sia-sia. Semua usaha saya sebagai wakil rakyat seperti perbuatan menuang air ke daun keladi,”
“Bagaimana kita mengatasi masalah kemiskinan rakyat luar bandar? Jika di kawasan seperti Sugut atau Beluran mereka boleh menggunakan perhubungan lain seperti sungai. Penduduk boleh menggunakan perahu tetapi di kawasan saya tiada sungai dan perhubungan darat adalah satu-satunya perhubungan yang ada,”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan