Sabtu, Disember 19, 2009

MAKMAL ITU JUGA MENCADANGKAN KEPADA PERDANA MENTERI DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK SUPAYA MEMBENARKAN KEMENTERIAN KEWANGAN DAN SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA MEMBANTU UNTUK MEMANTAU KETELUSAN DALAM PENILAIAN PROJEK-PROJEK ITU.

"Kami mahu anda (orang ramai) beri maklum balas, agar dalam bidang mana yang kami buat kesilapan, kami mahu membetulkannya,"

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Seri Idris Jala

---

"Kerajaan sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik kepada rakyatnya, dan NKRA ini adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian serius oleh semua orang,"

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

---

"Ini adalah saluran terbaik untuk orang ramai betul-betul faham apa yang kerajaan buat dan pada masa sama menyuarakan pendapat mereka,"

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Lok Yim Pheng

---

"Terdapat banyak idea bernas dilahirkan oleh makmal dalam enam NKRA seperi pendidikan dan jenayah,"

"Bagaimanapun, masih terdapat ruang untuk penambahbaikan kerana idea itu tidak lengkap sebagaimana yang diakui pasukan itu sendiri,"

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua

---

"Dalan usaha untuk melaksana projek itu, sebagai contoh mengurangkan rasuah di kalangan masyarakat Malaysia, kita perlu kedua-dua pihak berkuasa dan akar umbi untuk bekerjasama menyokong idea itu,"

Bekas ketua setiausaha kementerian pengangkutan Tan Sri Dr Ramon Navaratnam

---

"Tidak ada maknanya usaha kerajaan mengekang gejala rasuah ini sekiranya orang ramai tidak melibatkan diri dan membantu kami untuk membasmi masalah yang serius ini.

"Rasuah, sebagai satu permasalahan utama dan dipandang serius oleh rakyat, memerlukan komitmen kuat bermula dari peringkat atasan sehingga orang awam yang melaporkan setiap kejadian rasuah,"

Ketua Makmal Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi memerangi rasuah, Datuk Hisham Nordin

---

"Memerangi jenayah bukan hanya mengurangkannya, tetapi hentikan terus, katanya," sambil menambah isu rasuah paling mendapat perhatian memandangkan gejala itu kini semakin berleluasa di negara ini.

Azimah Din, seorang pegawai kerajaan

---

Makmal itu juga mencadangkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membenarkan Kementerian Kewangan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia membantu untuk memantau ketelusan dalam penilaian projek-projek itu.

"Semasa perbincangan kami dengan Kementerian Kewangan, mereka bersetuju untuk membantu memastikan wujud ketelusan dalam penilaian projek-projek ini. Bagaimanapun masih ada perkara-perkara terperinci yang perlu dibincang dan dikaji berhubung perkara ini,"

Pegawai Perancangan Bandar dan Luar Bandar Jabatan Tanah dan Ukur Sarawak Hashimi Alwi anggota pasukan Makmal RBI

---

"Kalau tiada kesungguhan politik, kami tidak akan tayangkan NKRA ini. Kalau tidak, mesti kami sembunyikannya,"

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon

---

NKRA Reports Should Also Be Displayed In States

Tiada ulasan:

Catat Ulasan