"Tahun depan, kita akan mengagihkan 50,000 komputer riba kepada pelajar-pelajar Tahun Empat dan Lima, berbanding tahun ini kita beri hanya kepada pelajar Tahun Lima sahaja,"
Peningkatan peruntukan itu menggambarkan bahawa kerajaan negeri begitu mengambil berat terhadap bidang pendidikan dalam melahirkan modal insan di negeri itu pada masa depan.
Kerajaan negeri juga meluluskan peruntukan sebanyak RM15 juta untuk memastikan Terengganu terus cemerlang dalam bidang pelajaran di bawah program "Terengganu Terbilang" tahun depan.
Kerajaan negeri mensasarkan 20 peratus pelajar mendapat 'A' dalam semua mata pelajaran bagi UPSR dan PMR tahun depan, berbanding 15.3 peratus tahun ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan