"Artikel yang disiarkan itu sengaja direka untuk mengapi-apikan sentimen perkauman dan ia adalah satu pembohongan yang tidak berasas.
"Kami mendapati tiada sesiapapun yang bekerja di Pejabat Ketua Menteri mengenali beliau (Ibrahim) selepas siasatan dilakukan dan perkara ini dipandang serius oleh Ketua Menteri (Lim Guan Eng),"
Kerajaan negeri meminta Ibrahim membuktikan individu yang mengaku bekerja di Pejabat Ketua Menteri itu dan memberi penjelasan sewajarnya.
"Jika benar individu itu wujud, Ketua Menteri akan mengambil tindakan yang serius tetapi jika palsu, Ibrahim perlu meletak jawatan kerana kesalahannya itu.
"Kami meminta polis menjalankan siasatan secara terperinci bagi mengenalpasti mereka yang melakukan fitnah,"
Setiausaha Politik Ketua Menteri, Ng Wei Aik
----
Tiada ulasan:
Catat Ulasan