Khamis, Disember 31, 2009

KEMENTERIAN AKAN MENGGUNAKAN PENGALAMAN DAN SEMUA JUSTIFIKASI PENYIARAN DALAM MEMPERTAHANKAN APA-APA YANG BERKAITAN DENGAN BADAN PENYIARAN ITU.

image Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim memberi jaminan bahawa Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Ibrahim Yahya tidak akan bersendirian dalam menghadapi sebarang tindakan daripada kerajaan Pulau Pinang.

Kementerian akan menggunakan pengalaman dan semua justifikasi penyiaran dalam mempertahankan apa-apa yang berkaitan dengan badan penyiaran itu.

Rais berkata beliau sendiri akan meneliti terlebih dahulu butir-butir dan huraian hujah sekiranya saman dikenakan terhadap pegawai kanan kementerian.

"Kami tidak akan biarkan beliau seorang diri. Saya percaya gerakan yang berbentuk saman itu digunakan bukan untuk mendapatkan apa-apa perolehan atau ganjaran selain daripada untuk menjuarai sistem politik negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Ketua Menterinya.

"Beliau (Lim Guan Eng) sebenarnya sudah tersepit lantaran tiada isu lain yang hendak dibangkitkan,"

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim

---

KERAJAAN PULAU PINANG HARI INI MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAP KETUA PENGARAH PENYIARAN, DATUK IBRAHIM YAHAYA, KERANA DIDAKWA MENERBITKAN ARTIKEL BERUNSUR JAHAT DAN FITNAH DALAM LAMAN BLOGNYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan