Masalah penduduk Kampung Saliliran di sini yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri bukan baru. Kedudukan kampung yang jauh dari pekan Nabawan menyebabkan ramai penduduk di kawasan pedalaman memilih untuk tidak mendaftar kelahiran anak-anak mereka.
Program di Kampung Saliliran itu ternyata memberi pengalaman baru kepada mereka.
Oleh kerana tiada kemudahan jalan dan hanya bergantung kepada pengangkutan sungai, kumpulan seramai 22 pegawai itu terpaksa dibawa ke kampung berkenaan menaiki helikopter.
''Saya difahamkan jika menaiki bot akan mengambil masa selama dua hari termasuk berjalan kaki,"
''Ia adalah pengalaman menyeronokkan dan menakutkan kerana kami terpaksa menaiki helikopter selama satu jam. Apa pun segala cabaran itu terubat apabila dapat membantu menyelesaikan masalah penduduk di sini,"
Penolong Pegawai Pendaftaran Unit Bergerak JPN Sabah, Sity Amirah Abdullah
---
Tiada ulasan:
Catat Ulasan