Selasa, November 10, 2009

SPRM DIMINTA SIASAT PEMBELIAN TREN KOMUTER

"Jadi apa rational pembelian jumlah RM30 juta itu sedangkan pengurusan kereta api di Costa Rica dan Argentina membeli DMU yang berumur 20 tahun pada harga RM10 juta,"

Datuk Ismail Kassim (BN-Arau)

"Saya mahu tahu agaknya apa rasional kerajaan membeli empat set DMU ini kerana KTMB pakai set EMU (electric multiple unit).

"Saya juga mahu tahu dengan umur yang disebut iaitu 20 tahun, dah nak putus darah, berapa panjang hayat dia. Adakah kos penyelenggaraannya rendah, bolehkah kerajaan jamin kos selenggaraannya tidak tinggi sesuai umurnya yang sudah lanjut,"

Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-Tenggara)

"Saya ulangi lagi sekali Tuan Speaker, apakah ada sesuatu. Saya meminta SPRM tolong siasat menteri ini (yang meluluskan pembelian itu). Kalau ada penyelewengan heret dia ke mahkamah, dakwa dia. SPRM kata semua wakil rakyat hendak dikaji, kajilah dulu menteri ini.

"Kenapa beli kereta api tua, Tenggara (Halimah) kata sudah hendak putus darah, 20 tahun dengan harga RM30 juta. Argentina, Costa Rica beli kereta api yang sama dengan nilai RM10 juta. Itu satu persoalan besar, sudahlah duit tidak ada, engkau beli barang yang dah buruk, lebih mahal daripada negara yang lain,"

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan