Selasa, November 10, 2009

KEGAGALAN KERAJAAN MELAKSANAKAN DAN MENYEMPURNAKAN MAKMAL KOMPUTER DI SEKOLAH MENGAKIBATKAN MURID KE KAFE SIBER

Kesukaran menyambung talian elektrik ke kawasan pedalaman selain proses mengeluar semula tender yang panjang juga menjadi antara penyebab utama kerajaan sukar mendirikan lebih banyak makmal komputer untuk kemudahan pelajar sekolah di luar bandar.

Kerajaan sememangnya sedar dan berusaha mendirikan lebih banyak makmal komputer di luar bandar dengan RM420 juta diperuntukkan menerusi Rancangan Malaysia Ke-9, namun malangnya hanya 413 saja yang siap.

Terdapat 338 lagi makmal komputer belum disiapkan dan kementerian sudah kenal pasti puncanya iaitu sikap kontraktor yang dilantik tidak bertanggungjawab, dan kita sedang laksana proses tindakan ke atas mereka.

“Sama ada selera pelajar sudah beralih kepada kafe siber, kementerian tidak melihatnya sebagai persaingan dalam penggunaan komputer, sebaliknya kita berusaha menyelenggara keperluan komputer di makmal sekolah dengan baik,”

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan