Khamis, Oktober 01, 2009

"SAYA TIDAK MERASA APA-APA JIKA BELIAU MATI. IA SEPERTI MEMBUNUH SEEKOR AYAM ATAU ITIK. SAYA MAHU MEMBUNUH BELIAU DUA TAHUN LALU,"

Remaja balas dendam potong tangan bapa

TAIPEI, Khamis, 01 Oktober 2009: Seorang remaja Taiwan ditahan di atas tuduhan memotong tangan bapanya yang dikatakan dilakukan sebagai balas dendam selepas beberapa tahun mengalami penderaan fizikal.

Mangsa dikenali dengan nama Fan berada dalam keadaan kritikal di sebuah hospital di tengah Miaoli di Taiwan selepas anak lelakinya menetak pergelangan tangan lebih 10 kali ketika beliau sedang tidur awal pagi kelmarin, lapor Apple Daily.

Remaja berusia 17 tahun itu tidak menunjukkan sebarang kekesalan sebaliknya berkata beliau akan lebih kesal jika bapanya itu terselamat daripada serangan terbabit, kata laporan itu.

"Saya tidak merasa apa-apa jika beliau mati. Ia seperti membunuh seekor ayam atau itik. Saya mahu membunuh beliau dua tahun lalu," katanya yang dipetik akhbar berkenaan.

Laporan itu juga menyebut bahawa Fan yang berusia 37 tahun dan sudah bercerai dengan isterinya sering memarahi dan memukul anaknya itu. – AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan