Jumaat, Oktober 30, 2009

KEUNTUNGAN DARIPADA TERBITAN BON BERNILAI RM544 JUTA UNTUK MEMBIAYAI SYARAT MODAL KERJA KERAJAAN NEGERI SABAH ?

Sabah Terbitkan Bon Negeri Pertama Negara

KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Terbitan bon Sabah bernilai RM544 juta dalam nilai nominal menandakan usaha pertama oleh kerajaan negeri dalam pasaran bon ringgit.

Kerajaan negeri Sabah Khamis mengadakan pembentangan pelabur bagi cadangan terbitan bon sulung yang mendapat penarafan "AAA" jangka panjang tertinggi oleh RAM Rating Services Bhd.

Kerajaan negeri merancang menggunakan keuntungan terbitan bon lima tahun itu untuk membiayai sebahagian daripada syarat modal kerja negeri dan aktiviti pelaburan umum, demikian menurut satu kenyataan hari ini.

"Kerajaan negeri Sabah juga membuat kemajuan yang baik sepanjang dekad lepas, membuka peluang dan pembangunan luas di negeri itu. Kerajaan negeri makmur sejak tahun-tahun kebelakangan berdasarkan dasar berpandangan ke hadapan dalam pembangunan," kata Timbalan Menteri Kewangan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan.

Menerusi terbitan ini, beliau berkata kerajaan negeri akan mempelbagaikan sumber pembiayaannya dengan cekap menerusi pasaran hutang ringgit.

Kenyataan itu menyebut Tawfiq mengetuai pasukan pegawai kanan kerajaan negeri, termasuk Timbalan Menteri Kewangan II, Donald Mojuntin, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Yusof Kassim, menemui para pelabur di sini.

Sementara itu, CIMB Investment Bank Bhd ialah pengurus utama tunggal, pengatur dan pemegang cadagan terbitan itu.

Sabah Development Bank Bhd ialah pengatur bersama dan Barclays Capital Markets Sdn Bhd ialah penasihat kewangan bagi transaksi terbabit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan