JAKARTA, 16 Oktober 2009: Puluhan ribu pekerja di bangunan tinggi di Jakarta panik dan lari bertempiaran ke jalan-jalan raya selepas merasakan gegaran gempa bumi kuat selama beberapa saat yang didapati berukuran 6.4 skala Richter di Banten, Pulau Jawa.
Mereka yang masih trauma dengan pelbagai berita mengenai kemungkinan gempa berkekuatan sehingga 8.8 skala Richter yang dikatakan akan berlaku selepas gempa 7.9 skala Richter di Sumatera Barat pada 30 September lalu, mengaku sangat khuatir.
"Kita lagi trauma dan takut gempa yang besar itu tiba-tiba terasa gempa lagi. Saya bergegas turun tangga selepas melihat almari di pejabat saya jatuh dan saya juga tiba-tiba jatuh terduduk," kata Abrizal ketika ditemui sedang berkumpul dengan ratusan pekerja lain di bawah Wisma Antara di sini.
Ramai pekerja lain juga mengakui mereka terjatuh terutama yang berada di tingkat lima ke atas sebelum sempat bangun dan lari menyelamatkan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan