Isnin, September 14, 2009

WAKIL RAKYAT BELUM MATANG ?

Ramai yang berpendapat wakil rakyat di era institusi Parlimen Malaysia telah mencapai usia setengah abad ini, seharusnya lebih matang dalam perilaku mereka dan sentiasa menjaga imej dan status yang berhormat mereka di mana-mana sahaja, apatah lagi ketika berhujah di Parlimen.

Persoalannya ialah kenapa masih ada wakil rakyat yang tidak menghiraukan tentang perkara ini?

---

"Kita berada dalam waktu moden dengan perkembangan teknologi maklumat begitu pesat dan mungkin kalau kedudukan media massa tidak seperti sekarang, apa yang berlaku di Parlimen tidak diketahui umum.

"Tapi sekarang lain, jadi mungkin apabila dia mendapat sorotan media massa maka dia rasa seronok dapat publisiti,"

"Harus diingat suatu hari nanti kamu (anggota Parlimen) mungkin berada dalam kerajaan dan apa yang kamu ungkapkan hari ini mungkin akan timbul kembali kelak,"

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia

----

"Saya banyak belajar daripada mendiang Tan Chee Khoon, dan memang beliau mempunyai cara tersendiri ketika berbahas di Parlimen. Tetapi tidak adil untuk kita membandingkan beliau dengan Lim Kit Siang (Anggota Parlimen DAP dari Ipoh Timur) sebab Lim ini caranya bercakap agak kasar dan laju,"

"Mungkin juga ini berpunca daripada kehadiran ramai Pembangkang berbanding dulu menyebabkan mudah timbul provokasi. Saya masih ingat pada suatu ketika dulu suara Pembangkang tenggelam dalam Dewan Rakyat dan ketika itu memang bukan seperti sekarang.

"Ketika itu hanya saya saja yang sering bangun berbahas sedang (Pembangkang) yang lain jarang hendak bersuara mungkin beranggapan tidak ada gunanya kerana suara yang menyokong kerajaan lebih ramai,"

Anggota Parlimen Kepong lebih 27 tahun, Dr Tan Seng Giaw

zxkl

Tiada ulasan:

Catat Ulasan