Isnin, September 21, 2009

PM SERU RAKYAT PERKUKUHKAN MUHIBAH DAN HAPUSKAN PRASANGKA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia memperkukuhkan semangat muhibah dan memecahkan benteng-benteng prasangka demi masa depan generasi muda.

"Marilah kita memanfaatkan hari perayaan sebegini untuk memulihkan dan memperbaiki hubungan yang telah dingin dan retak sesama kita umat Islam dan juga sesama kita rakyat Malaysia,"

"Pecahkan benteng-benteng prasangka, kebencian dan ketidakpedulian yang ada demi masa depan lebih baik untuk anak-anak kita,"

"Sayangnya, ada pedagang dan penjaja kebencian yang cuba menafikan hakikat ini.” Mereka cuba menanam ajaran tidak bersyukur dalam benak rakyat dalam usaha mencapai matlamat sempit ini.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan