Ketua Kampung dan JKKK sepatutnya mengalu-alukan kerja yang dilakukan oleh kontraktor dan bekerjasama dengan kontraktor demi kemajuan kampung mereka.
"Pemimpin di peringkat kampung tahu selok-belok tentang kampung mereka, jadi kerjasama antara mereka akan dapat menyiapkan sesuatu projek dengan lebih teratur dan kemas,"
Sekiranya terdapat sebarang masalah antara mereka ia seharusnya diselesaikan dengan bijak dengan mengadakan perbincangan dua hala.
Para kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek pembangunan juga haruslah jujur dan tidak hanya mementingkan keuntungan.
"Standard yang ditetapkan perlu dipatuhi kerana kita tidak mahu projek yang telah siap menghadapi masalah.
"Malah jika aspek tersebut diabaikan, bukan sahaja merugikan wang rakyat tetapi juga memberi imej buruk kepada kerajaan dan kontraktor terlibat,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan