Khamis, Ogos 27, 2009

SOI LEK DIPECAT DARIPADA MCA BERKUATKUASA SERTA MERTA

Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dipecat daripada MCA berkuatkuasa serta merta berikutan kes skandal seks beliau yang terpapar dalam DVD dua tahun lepas.

"Di bawah Artikel 127 (A) perlembagaan parti Dr Chua dibenarkan mengemukakan rayuan kepada Jawatankuasa Pusat dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan itu diterima oleh beliau daripada Majlis Presiden.

"Menurut Artikel 128 perlembagan tersebut, keputusan jawatankuasa itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan oleh atau di mana-mana mahkamah.

"Kita lakukan keputusan ini dengan berat hati setelah memberikan pertimbangan yang sewajarnya kerana perbuatan beliau itu telah menjejaskan imej parti,"

Presiden Parti MCA Datuk Seri Ong Tee Keat

---------------------------

"Sebenarnya keputusan ini memang dalam jangkaan saya dan ramai ahli MCA kerana sejak pemilihan parti Oktober lepas Presiden telah menganggap saya sebagai musuh dalam parti...anggap saya sebagai mengancam kedudukan beliau sebagai presiden,"

"Majlis Presiden bertindak umpama 'cop getah' untuk meluluskan syor jawatankuasa disiplin. Saya tidak terkejut dan berharap Ong akan tidur lena malam ini.

"Sebagai ahli yang setia kepada parti, saya menerimanya dengan hati terbuka dan menyerahkan kepada sejuta ahli MCA menentukan sama ada keputusan itu adil atau tidak,"

Bekas Timbalan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek

Tiada ulasan:

Catat Ulasan