Ibu bapa jangan ambil ringan simptom H1N1
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, pemeriksaan dan rawatan awal mungkin dapat menyelamatkan nyawa pelajar yang dijangkiti wabak tersebut.
Ibu bapa dan penjaga dinasihati agar jangan mengambil ringan jika anak mereka menunjukkan sebarang simptom jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1) sebaliknya mendapatkan rawatan segera.
''Saya ingin mengingatkan ibu bapa agar tidak mengambil mudah sekiranya anak mereka menunjukkan tanda-tanda jangkitan H1N1 walaupun ia seolah-olah nampak seperti demam biasa.
''Ini kerana, kes kematian keempat disebabkan H1N1 yang melibatkan remaja perempuan dari Melaka berusia 20 tahun itu adalah berpunca daripada kelewatan mendapatkan rawatan di hospital,'
---
H1N1: 11 sekolah di Tawau, Kunak, Semporna ditutup
Sebanyak 11 sekolah di tiga daerah di Tawau, Kunak dan Semporna ditutup selama seminggu bermula semalam selepas beberapa pelajarnya disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1).
Penutupan sekolah berkenaan menjadikan jumlah sekolah yang ditutup di negeri ini meningkat kepada 21 buah hari ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr. Marzukhi Md. Isa berkata, sekolah berkenaan ditutup bagi mengelakkan penularan wabak berkenaan.
---
Kes pertama H1N1 di UMS
Universiti Malaysia Sabah (UMS) mencatatkan kes pertama selesema babi (H1N1) selepas seorang pelajarnya disahkan positif wabak itu hari ini.
Naib Canselor UMS, Datuk Dr. Profesor Kamaruzaman Ampon berkata, kes melibatkan pelajar tahun dua sekolah kejuruteraan dan teknologi itu merupakan kes pertama direkodkan di universiti itu.
''Pelajar perempuan berkenaan dibawa ke hospital malam semalam selepas mengadu mengalami demam dan ditahan di hospital.
''Pelajar yang mengikuti kursus kejuruteraan sivil itu dijangkiti virus berkenaan selepas pulang dari lawatan ke negara China bersama bapanya,''
Tiada ulasan:
Catat Ulasan