Jenayah membabitkan pelajar bukanlah sesuatu yang baru namun bilangannya saban tahun menunjukkan peningkatan.
Buktinya tahun lalu sahaja, seramai 8,809 pelajar berusia antara 7 dan 18 tahun ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kes-kes jenayah.
Daripada jumlah itu, 3,683 terlibat dalam jenayah kekerasan manakala selebihnya jenayah harta benda.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, remaja berusia 16 hingga 18 tahun mendahului senarai dengan 6,435 tangkapan, diikuti pelajar berusia 13 hingga 15 tahun (2,227 tangkapan).
Tidak kurang hebatnya, kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun turut termasuk dalam senarai itu dengan 147 tangkapan.
Pelajar daripada kaum Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 72.7 peratus atau 6,401 orang diikuti India (10 peratus atau 876 orang) dan Cina (7.3 peratus atau 641 orang).
Pihaknya memandang serius statistik tersebut dan sentiasa mencari jalan untuk mengatasinya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan