Saksi dalam kes rasuah rata-ratanya mudah tertekan ketika memberi keterangan kerana bimbang maklumat yang diberi boleh menyebabkan suspek yang dikenali didakwa di mahkamah.
''Sebab itu, kita memberi kelonggaran kepada saksi dalam proses siasatan rasuah. Bukan saja tak memaksa malah diwujudkan pula keadaan yang saksi selesa dan jika tengah beri keterangan mereka nak balik, nak ke tandas atau nak minum, kita tak halang,''
''Saksi kalau tengah beri keterangan pun dia boleh minta keluar nak jumpa kawan, nak minum teh kedai mamak, atau apa saja dia nak buat, tetapi kalau suspek yang ditahan, kita ada kawalan ke atasnya. Kalau nak ke tandas pun kita boleh ikut, siap boleh gari.
''Tapi saksi, kalau dia minta nak beri keterangan di luar pejabat BPR pun boleh. Kita pula kena pergi jumpa. Sampai macam itu sekali. Tapi kalau suspek lainlah, dia memang dalam kawalan kita sebaik sahaja ditahan atau perintah mahkamah diperoleh.
''Jadi, saya harap masyarakat faham. Lagipun sebagai penguat kuasa, SPRM perlu bertindak dalam kerangka undang-undang, bukan boleh ikut sesuka hati. Kalau kita ikut saksi 24 jam, nanti kita salah pula, menekan saksi,''
''Sebab itu saya kata awal tadi, kalau saksi sedia nak jumpa pukul 3 pagi pun, kita jumpalah waktu itu. Nak buat macam mana dah itu kerja tetapi jangan tanya pula kenapa sampai tengah malam.
''Pegawai penyiasat pun pada masa sama tidak boleh mengambil masa yang terlalu panjang dalam menyiasat sesuatu kes. Jadi mereka ini pun bekerjalah tak kisah siang atau malam dah,''
''Macam di Korea Selatan baru-baru ini, bekas Presiden negara itu dijumpai terjatuh gaung. Mendiang disyaki berbuat demikian kerana mungkin ada hubung kait siasatan rasuah yang dijalankan.
''Di negara jiran sendiri ada yang dijumpai mati ketika proses siasatan berlangsung. Jadi, saya harap jangan mudah kita nak mempersalahkan mana-mana pihak buat masa ini,''
Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Razak Idris
Tiada ulasan:
Catat Ulasan