Kerajaan persekutuan tidak akan campur tangan dalam isu Kampung Buah Pala kerana perkara itu perlu diuruskan dan diselesaikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang.
"Ini adalah perkara kerajaan negeri, tanah terletak di bawah pentadbiran kerajaan negeri, sepertimana yang anda tahu, jadi ia terletak di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.
"Sekiranya kami (kerajaan persekutuan) campur tangan, ia akan mewujudkan duluan penting bagi kes-kes lain, terdapat banyak kes lain sebenarnya, dan kami akan diminta campur tangan dalam kes lain juga,"
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak
---------------------------
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menulis surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi meminta bantuan daripada kerajaan persekutuan untuk mengambil alih tanah di Kampung Buah Pala di sini.
Kerajaan negeri mengakui tidak mampu untuk mengambil alih tanah di kampung itu daripada sebuah koperasi dan pemaju untuk membolehkan 23 keluarga terus tinggal di situ
kerana kosnya terlalu tinggi.
"Kita boleh ambil alih tanah itu melalui Akta Pengambilan Tanah, kita harap kerajaan pusat boleh beri bantuan,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan