Isnin, Julai 06, 2009

MESYUARAT PEMBUBARAN & PEMBENTUKAN SEMULA BADAN JKKK KG.SILOU, RANAU

Kg. Silou, 5 Julai – Bertempat di Mini Dewan Kg. Silou Ranau, telah diadakan mesyuarat pembubaran dan pemilihan Pengerusi JKKK Kg. Silou, yang telah dirasmikan oleh Pemimpin Kemajuan Rakyat N.31 Paginatan yang berusaha En. Jefridin Majangki.

Dalam ucapan En. Jefridin, beliau telah menegaskan betapa penting kerjasama penduduk dalam mengeratkan dan membangunkan kampung dari apa segi sekalipun.

Dalam proses pemilihan kali ini, seramai 5 orang telah di calonkan oleh penduduk kampung.

En. Hasbi Jumin telah menang dalam pertandingan 5 penjuru dengan memperolehi sebanyak 45 undi, beliau telah menang dengan majoriti 27 undi.

  IMG_3790-1 Penduduk sedang mula datang ke Mini Dewan Kg. Silou

 IMG_3794 Ketibaan Perasmi Mesyuarat En. Jefridin Majangki PKR N.31 Paginatan Ranau

IMG_3803 Penduduk mula mendaftar sebelum mesyuarat bermula.

IMG_3807 IMG_3810 Sebahagian daripada penduduk yang hadir dalam mesyuarat di Mini Dewan Kg. Kituntul.

IMG_3812 Dari kiri En. Mairin Samad mantan Pemaju Mukim Tanah Rata, En. Stephen Johny Pemaju Mukim Tanah Rata, En. Jefridin Majangki PKR N.31 Paginatan dan En. Kahidin Jamian Ketua Kampung Kg. Silou sedan berbincang sebelum pemilihan di mulakan.

IMG_3823 Beberapa soalan di kemukakan kepada pengerusi mesyuarat oleh Cikgu Jamain Abd. Halim.

IMG_3829 Sesi memperkenalkan “Visi dan Misi” calon-calon sekiranya di pilih. Dari Kiri En. Mohd Harman, En. John Gipil, En. Hasbi Jumin, En. Wasnin Dahas dan En. Jain Abd Halim.

IMG_3831 Warga Kg. Silou sedang mendengar taklimat tatacara perjalanan proses pembuangn undi.

IMG_3834 Penduduk sedang menjalankan tanggungjawab memilih pengerusi JKKK.

IMG_3841 Proses pengiraan undi sedang dijalankan dan diperhatikan oleh calon yang bertanding.

IMG_3842 Keputusan pengiraan undi.

IMG_3844 En. Jefridin Majangki PKR N.31 mengumumkan keputusan pemilihan jawatan Pengerusi JKKK Kg. Silou yang telah di menangi oleh En. Hasbi Jumin.

IMG_3846

Ucapan sulung daripada Pengerusi JKKK Kg. Silou En. Hasbi Jumin. Dimana inti pati ucapan terima kasih beliau ialah pentingnya kerjasama di kalangan warga Silou dalam menjayakan program demi kemakmuran dan kemajuan Kg. Silou.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan