Isnin, Julai 13, 2009

MALAYSIA RANCANG BANGUNKAN PROGRAM INAP DESA BERKEMBAR

imageMalaysia akan mewujudkan program inap desa berkembar dengan negara yang memiliki faktor berkaitan nilai sejarah, budaya dan kemudahan jaringan sebagai usaha menarik kedatangan pelancong ke negara ini.

 "Contohnya, Melaka akan berkembar dengan Holland sebab ada Dutch, Kelantan akan berkembar dengan Singapura kerana ada railway yang menghubungkan Singapura dengan Kelantan,"

image Program inap desa mampu meningkatkan ekonomi luar bandar khususnya di kampung-kampung di samping memberikan pengalaman hebat kepada pelancong luar yang sukar didapati di mana-mana.

image "Homestay (inapan desa) bukan sahaja setakat penginapan tetapi ia merupakan satu gaya hidup yang tidak dapat diperoleh di mana-mana. Mereka (pelancong) akan mengikut mereka (penduduk kampung) ke kebun buah dan turut mengambil bahagian dalam aktiviti kebudayaan,"

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan