Isnin, Julai 13, 2009

AZMIN TERUS DESAK KHALID BUAT ROMBAKAN EXCO KERAJAAN PAKATAN RAKYAT SELANGOR

Azmin Terus Desak Rombakan Exco

SHAH ALAM, 13 Julai (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa (ADUN) Mohamed Azmin Ali Isnin terus mendesak supaya kerajaan negeri Selangor mengadakan rombakan terhadap barisan EXCO Selangor.

image Beliau berkata cadangannya pada Khamis lepas, agar Exco dirombak tidak semestinya memecat mana-mana individu, sebaliknya ia boleh dilakukan dengan menukar portfolio anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

"Terserahkan kepada Menteri Besar untuk berbuat demikian," katanya kepada para wartawan sewaktu rehat sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

image Sungguhpun, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tidak akan membuat sebarang rombakan dalam masa terdekat, beliau perlu menekankan peranan exco-exco supaya lebih berkesan dalam menjalankan tanggungjawab mereka untuk membangunkan Selangor, katanya.

Azmin yang juga Anggota Parlimen Gombak itu telah meminta supaya barisan Exco kerajaan negeri dirombak kerana tidak berpuas hati dengan prestasi Exco-exco tertentu yang didakwa gagal memajukan negeri itu.

Dalam perkembangan lain, Azmin turut meminta Anggota Parlimen Wangsa Maju daripada PKR, Wee Choo Keong memberi penjelasan berhubung dakwaan bahawa wujudnya penglibatan seorang Exco kerajaan negeri dalam aktiviti 'gelap' di Selangor.

Katanya, dakwaan yang dibuat oleh Wee menerusi laman blognya, http://weechookeong.blogspot.com/ itu perlu perlu disahkan daripada segi kesahihannya.

image image "Dia baru buat kenyataan semalam dan saya belum mendapat penjelasan maksud disebalik kenyataan itu. Saya tidak tahu, tapi saya perlu dengar penjelasan dan Wee perlu beri penjelasaan kepada parti," tambah Azmin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan