Selasa, Julai 07, 2009

KAJI TELITI KEDUDUKAN KEWANGAN MISKIN TEGAR

imageRANAU 6 Julai- Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah akan meneliti semula pendapatan terkini keluarga miskin tegar di negeri ini bagi menentukan sama ada mereka masih layak menerima bantuan kebajikan daripada kerajaan.

Menterinya, Datuk Dr. Ewon Ebin berkata, kajian semula itu penting kerana ada pejabat daerah yang masih menggunakan data lama sebagai rujukan mengagihkan bantuan kebajikan dan subsidi kerajaan.

''Kita dapati terdapat fakta mengelirukan dan kurang tepat mengenai kedudukan sebenar pendapatan keluarga miskin masih digunakan oleh sesetengah pejabat daerah sebagai penentu kelayakan pemberian bantuan kebajikan atau subsidi.

''Kedudukan pendapatan sesebuah keluarga berubah dari semasa ke semasa. Dahulu, ada keluarga yang dikategorikan sebagai miskin tegar tetapi sudah mampu memperbaiki ekonomi mereka,"

''Bagi mengelakkan masalah ini berulang, saya akan meminta semua pejabat daerah di seluruh Sabah mengemas kini data mengenai kedudukan sebenar dan terkini pendapatan keluarga termiskin bagi tujuan pengagihan bantuan kerajaan dengan lebih adil,"

Pada majlis itu juga, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan meluluskan peruntukan sebanyak RM2,000 bagi pembinaan gerai tamu mingguan penduduk di Paginatan.

Sementara itu, Ahli Parliman Ranau, Datuk Siringan Gubat yang hadir pada majlis itu meluluskan peruntukan sebanyak RM45,000 bagi pembinaan sebuah balai raya di Kampung Naskot.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan