Khamis, Julai 09, 2009

ISU TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KELANTAN

image Kerajaan Pusat perlu membayar royalti itu berdasarkan perjanjian antara kerajaan negeri dan Petronas pada 1975 yang ditandatangani Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah.

image perjanjian itu antara lain mensyaratkan Kelantan diberikan royalti lima peratus setahun dan dibayar secara tunai dua kali setahun untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan darat dan laut.

Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa

-------------------------------------

image image "Kita sudah buat keputusan dalam Kabinet hari ini (semalam) kerana ada pihak yang putar belit kenyataan, Datuk Pa (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed) juga sudah memberikan penjelasan dan memang itu hakikatnya.

image "Tetapi untuk lebih jelas, Kabinet buat keputusan biar Petronas menjelaskan kedudukan sebenar dari sudut Perlembagaan dan undang-undang supaya tidak ada rakyat Kelantan terpengaruh dengan kenyataan pemimpin Pas dan Pakatan Rakyat kononnya kita dah menipu rakyat negeri ini.

"Mereka kata wang RM1 bilion itu tidak diberi, maka kita fikir penting supaya penjelasan yang tepat diberikan pihak Petronas berdasarkan undang-undang sedia ada,"

image "Pelantar minyak dalam lingkungan 100 hingga 200 kilometer (70 hingga 150 batu nautika) dari pesisir pantai dan terletak di perairan antarabangsa, ia adalah hak Kerajaan Pusat dan tidak timbul soal tuntutan royalti di pihak Kerajaan Kelantan.

image "Jadi kalau kata kita tak beri royalti, itu tak betul... tak diberi secara langsung, kita beri secara tak langsung, tetapi apa hasil yang diperoleh itu bukan hasil Kerajaan Negeri Kelantan,"

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan