Khamis, Julai 09, 2009

SELEPAS SERANG SEOUL, PYONGYANG SERANG AMERIKA ?

Rumah Putih antara sasaran serangan siber

09/07/2009 4:39am

image WASHINGTON 9 Julai — Serangan siber besar-besaran ke atas komputer-komputer agensi kerajaan Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan sejak beberapa hari lalu sebenarnya lebih meluas dari jangkaan awal dan turut melibatkan Rumah Putih, Pentagon, Bursa Saham New York dan beberapa lagi laman web rasmi.

image Berdasarkan analisis awal lain-lain sasaran serangan termasuklah Agensi Keselamatan Nasional (NSA), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Nasdaq dan Washington Post.

image Bagaimanapun serangan siber ke atas Rumah Putih "langsung tidak memberi kesan ke atas operasi harian," kata jurucakap Nick Shapiro.

image Langkah-langkah pencegahan berjaya mengekalkan laman web WhiteHouse.gov "stabil dan boleh diakses oleh orang awam," katanya, bagaimanapun para pengunjung dari Asia mungkin menghadapi masalah.

image Para pegawai perisik Korea Selatan percaya serangan tersebut dilakukan oleh pihak Korea Utara atau pro-Pyongyang forces, tetapi ramai pakar dalam peperangan siber mengatakan terlalu awal untuk menentukan punca serangan tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan