Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan menyokong atau membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
‘‘Polis perlu bertegas dan ambil tindakan bagi memastikan undang-undang dan Perlembagaan negara tidak dicabul sewenang-wenang.
‘‘Negara ini dibina berlandaskan acuan kita sendiri dan bukannya negara barat,”
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
------------------
Polis hari ini sekali lagi mengingatkan semua pihak yang merancang menyertai perhimpunan dan perarakan besar-besaran di ibu negara Sabtu ini, supaya membatalkan hasrat masing-masing.
ini kerana perhimpunan tersebut yang dianjurkan oleh dua kumpulan tertentu boleh menggugat keamanan dan ketenteraman awam.
"Walaupun penganjur kedua-duanya menyatakan perhimpunan dan perarakan diadakan secara aman, tetapi boleh menggugat ketenteraman.
"Jika hasrat berhimpun dan berarak diteruskan, polis bimbang keadaan akan menjadi tegang kerana melibatkan jumlah peserta yang begitu ramai,"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan