Rabu, Jun 24, 2009

TOLAK KERAJAAN PERPADUAN: SIAPA RUGI, SIAPA MENANG?

"PAS sebuah parti politik yang bongkak. Mereka fikir dengan 23 kerusi (Parlimen) yang mereka miliki mereka boleh kalahkan Umno.

image"PAS terlalu memandang rendah keupayaan mereka (Umno). PAS salah jika buat andaian sedemikian. Umno ada 78 kerusi di Parlimen jika dibandingkan dengan PAS.

"Mereka perlu ingat hakikat itu,"

Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Univerisiti Sains Malaysia, Dr. Ahmad Atory Hussain

-------------------------------

image "Saya lihat Umno agak terdesak dalam isu ini (kerajaan perpaduan). Mereka (pemimpin Umno) mahukan dengan idea kerajaan perpaduan kerana mereka perlu kerjasama dengan PAS untuk menjadi parti yang terus memerintah negara pada PRU ke-13,”

"Di sini nampak Umno tewas untuk mempengaruhi PAS kerana ada pemimpin parti itu seperti Nik Aziz, yang lantang menyuarakan pandangan yang mengecam idea penubuhan kerajaan perpaduan.

"Mungkin mereka Umno terpaksa mencari alasan lain untuk tubuhkan kerajaan perpaduan,”

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sejarah, Strategi dan Politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzammuddin Sulaiman

-------------------------------

image "Saya fikir penolakan idea itu (kerajaan perpaduan) ada pro dan kontranya... Apabila Pakatan tolak, Umno tidak rugi 100 peratus dan PAS juga tidak untung 100 peratus.

"Kedua-duanya (Umno dan PAS) ada percaturan politik masing-masing,"

"Saya lihat adalah lebih penting pemerintah dan pembangkang capai kata muafakat dalam isu-isu pokok seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa dan perkauman pada masa kini kerana ia dilihat memecahbelahkan masyarakat.

"Dalam sistem demokrasi yang diamalkan perlu ada ‘check and balance’ dalam pentadbiran.

"Itu lebih baik daripada idea kerajaan perpaduan dan saya tak setuju jika peranan pembangkang hilang sama sekali,"

Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan