Jumaat, Jun 26, 2009

SAPP DIMINTA BERHENTI CABAR MENCABAR SUPAYA KOSONGKAN KERUSI

image KOTA KINABALU, 26 Jun (Bernama) -- Wakil rakyat daripada Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini diingatkan supaya berhenti membuang masa mencabar satu sama lain supaya mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen yang mereka wakili dan bertanding semula kerana langkah itu bukanlah apa yang diinginkan rakyat.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pemimpin mempunyai agenda yang lebih besar iaitu meneruskan pembangunan di negeri ini.

"Saya percaya seluruh Malaysia dan juga di Sabah, sudah tentunya inginkan pembangunan, inginkan perubahan, bukan pilihan raya kecil yang tidak tentu pasal, bukan cakap-cakap remeh tentang politik.

"Sekarang masanya tunaikan janji (kepada rakyat). Jadi hentikanlah mainan politik ini, hentikan cakap-cakap remeh kerana ini membuang masa, tidak memberi apa-apa manfaat kepada rakyat," katanya kepada pemberita selepas majlis anugerah biasiswa/dermasiswa Shell 2009 di sini.

image Semalam, dua Adun dan dua Anggota Parlimen daripada SAPP menyuarakan kesediaan untuk menyahut cabaran Naib Presiden parti Gerakan Datuk Raymond Tan supaya bertanding semula kerusi di kawasan masing-masing menggunakan lambang SAPP.

imageimageMereka adalah Adun kawasan Likas  Datuk Liew Teck Chan,  Melanie Chia Chui Ket (Luyang) dan Anggota Parlimen masing-masing bagi Sepanggar dan Tawau,  Datuk Eric Majimbun serta  Datuk Chua Soon Bui.

 

imageimageKeempat-empatnya mengeluarkan kenyataan yang ditandatangani bersama berhubung perkara itu, sebagai respons kepada cabaran yang disuarakan oleh Tan pada Khamis supaya mereka mengosongkan kerusi masing-masing.

Musa berkata mainan politik tidak langsung membawa kebaikan dan pihak terbabit mungkin boleh mencuba nasib dalam pilihan raya umum 2013.

"Kita adakan pilihan raya kecil kerana penyandangnya meninggal dunia, yang (penyandangnya masih) sihat-sihat untuk apa?," tanya Musa.

15 ulasan:

  1. I gotta agree with CM. Politic games doesn't bring any benefits. Have to wait for the next GE in 2013 if they want the seats.

    BalasPadam
  2. Kenapa mesti cabar-mencabar antara satu sama lain? Betul kata CM, mainan politik seperti ini patut diberhentikan dan mula menunaikan janji kepada rakyat.

    Lebih banyak perkara lain yang perlu dibuat dan diberi perhatian daripada berebut kerusi ADUN.

    BalasPadam
  3. Haish, macam2 orang2 politik sekarang..Kerusi DUN pun mo challenge each other suruh kasi lepas.

    What the CM said is true. Why play political games where it won't bring benefits to the Sabahan people? and why should there be a small election if the penyandang is still sihat walafiat?

    I'd say la. Just wait for the GE 13 la if you want the seat so much. Sheesh.

    BalasPadam
  4. Saya sokong Datuk Musa oo...
    ketepikan soal politik dulu... Fokus utk pembangunan rakyat :)

    BalasPadam
  5. Orang politik zaman sekarang kan... hmmm... betul2 bikin hairan...
    Tunggu ja la GE13... baru la b'tanding...
    Apapun saya setuju dgn Musa... Fokus kepada pembangunan & perubahan ke arah yg lebih baik:)

    BalasPadam
  6. Wow cool la CM kita ni:)
    X sia2 saya sokong beliau selama ni:)

    BalasPadam
  7. Datuk Musa teruskan perjuangan :)
    Saya yakin Datuk pasti dapat bantu rakyat dan bangunkan negeri Sabah:)

    BalasPadam
  8. Who needs Small elections? A waste of the people's money. People need to take time out of work to come out and vote. Bloody inconvenience. Cease your meaningless pursuits. For heaven's sake.

    BalasPadam
  9. Make sense, what is the reason for all this small elections? It does not benefit the people and it doesn't bring developments through such politicking. At least some, or one of them have some sense.

    BalasPadam
  10. There is more important matters to focus on, why don't you put more efforts in bringing more developments and benefits to the people, rather than wasting time, energy and the poeple's money on hosting all these elections. Wait for the GE lah.

    BalasPadam
  11. Keep it up CM. Stay true to your purposes, don't let the little people around you affect your decisions. Beware of those who would try to bring you down.

    God Bless.

    BalasPadam
  12. In my opinion, the current CM had brought more development to Sabah than the other previous ones.

    BalasPadam
  13. I personally agrees that SAPP should stop playing those games.There are lots of important matters have to deal with.Development projects,eradicating poverties and etc.Focus on big things instead of keep condemning with each other.

    BalasPadam
  14. Hentikanlah permainan cabar mencabar antara parti.Tiada faedah bagi pembangunan Sabah.Focus pada keperitan hidup Sabah daripada membuang masa untuk 'menikam' antara sesama.Pertikaman lidah tidak akan membuahkan hasil jika usaha untuk membangunkan rakyat jelata masih kabur di pandangan.

    BalasPadam
  15. SAPP masih ingat mereka boleh menang?

    BalasPadam