Semua wakil rakyat Barisan Nasional di Sarawak telah diingatkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya memenuhi segala janji kepada rakyat sejajar dengan konsep Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang diilhamkan oleh beliau.
-
"Pesanan utama beliau ialah agar kita turun padang menemui rakyat kerana kerajaan BN adalah sebuah kerajaan untuk rakyat,"
Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak Tan Sri Dr George Chan
-
"Kita diberitahu supaya turun ke padang dan itu bukannya sesuatu yang baru. Tetapi apabila kita diingatkan sekali lagi, maka kita perlu berusaha lebih keras lagi,"
Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) Datuk Sri William Mawan Ikom
-
"Semua orang tahu bahawa kita akan adakan pilihan raya negeri dan penggal kita akan tamat, jadi kita harus memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, dengan menyelesaikan masalah mereka,"
Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg
-
"Ia akan bermula di Sarawak, dan oleh itu, kita harus bersatu dalam memastikan bahtera kita ini sampai ke destinasinya,"
Timbalan Ketua Wanita PBB Datin Fatimah Abdullah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan