‘‘Ia perlu difahami secara terperinci supaya kita dapat melaksanakannya dengan baik, gagasan tersebut adalah untuk kebaikan kita semua yang sekarang begitu rapuh dari segi perpaduan.
‘‘Terpulang kepada maklum balas parti-parti politik tetapi ia mesti diteliti dengan perbincangan yang mendalam kerana saya percaya ia dapat menyelesaikan masalah negara,”
‘‘Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menerima secara positif, bukan sahaja rakan pakatan pembangkang yang menyokong sepenuhnya termasuk UMNO yang sokong gagasan yang saya lontarkan itu untuk menyelesaikan masalah negara,”
‘‘Ini supaya parti-parti politik boleh berbeza pendapat tetapi tidak berkelahi dalam sebuah negara,”
‘‘Bukan semestinya kita perintah negara, pada peringkat ini kita menjadi penasihat kepada kerajaan, bukannya pembangkang yang membuta tuli.
‘‘Mesej kita supaya perubahan dilakukan dengan Islam, UMNO juga mempunyai tanggungjawab untuk membawa contoh Islam yang terbaik,”
‘‘Soal siapa yang akan memimpin negara itu dibuat secara kolektif dalam pakatan (pembangkang),”
-
"Saya juga bimbang pembahagian kerusi antara Pas dengan Umno kemungkinan tidak adil. Yang kita mahu adalah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi,"
"Namun, jika perbincangan mengadakan kerajaan perpaduan mahu dilaksanakan juga, lebih baik dilakukan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13. Pas boleh memastikan kerusi kita benar-benar cukup untuk mengukuhkan kedudukan dalam kerajaan,"
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa
-----------------
"Saya tidak tahu apa sebenarnya yang diperkatakan oleh Abdul Hadi mengenai kerajaan perpaduan, tetapi terpaksa membuat komen demi kepentingan penyokong Pakatan Rakyat,"
"Semua pemimpin mesti bersedia untuk berbincang dengan pemimpin lain berhubung apa saja isu yang membabitkan kepentingan ramai,"
-------------
"Pengalaman politik kompromi seumpamanya pernah berlaku pada 1978 antara Pas dan BN yang akhirnya tidak memperlihatkan sebarang manfaat. Justeru, idea ini sudah ditolak oleh pemimpin PKR.
"Cadangan bekerjasama oleh Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kerajaan BN pula khusus untuk perkara untuk kepentingan rakyat, seperti masalah ekonomi negara dan tidak mengaitkan kerajaan perpaduan,"
Ada hikmah yang tersirat disebalik kemenangan Nasharudin itu, kemenangan beliau dilihat sebagai menggambarkan sokongan kebanyakan pemimpin PAS kepada kerajaan perpaduan yang didokong oleh Presisen PAS ustaz Hadi.
BalasPadamWalaupun undian di internet atau di blog-blog banyak memberi sokongan kepada Husham tetapi ini tidak mencerminkan apa yang ada dalam kepala pemimpin-pemimpin PAS.
Kemenangan kumpulan pendokong kerajaan perpaduan ini sudah tentu akan memberi tekanan kepada DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat.
Tanpa PAS, PR tidak boleh menjadi entiti politik yang kuat. Oleh itu PR pada masa akan datang tidak akan mengambil mudah peranan PAS dalam PR.