Sabtu, Jun 06, 2009

BERITA SABAH

Kastam kutip cukai RM260j

image KOTA KINABALU 5 Jun – Kastam Diraja Malaysia (KDRM) cawangan Sabah mencatat kutipan cukai sebanyak RM260 juta bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini.

Pengarah KDRM Sabah, Datuk Yusop Mansor berkata, jumlah tersebut adalah 60 peratus lebih tinggi berbanding pencapaian dalam tempoh yang sama tahun lalu.

‘‘Kita meletakkan sasaran untuk mengutip cukai RM350 juta tahun ini. Ini bermakna kita hanya memerlukan RM90 juta sahaja bagi mencapai sasaran pada tahun ini,” katanya

--------------

Peruntukan tambahan PPRT di Sabah

image KOTA KINABALU 5 Jun – Sabah bakal mendapat peruntukan tambahan berjumlah RM30 juta daripada Kerajaan Pusat bagi melaksanakan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di negeri ini.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin berkata, peruntukan terbabit akan disalurkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) pada tahun ini.

Katanya, sebelum ini kerajaan telah menyediakan peruntukan RM400 juta yang disalurkan menerusi Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah bagi membina sebanyak 17,000 unit rumah PPRT di negeri ini.

‘‘Projek perumahan ini sedang dan akan dijalankan di Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau, Semporna, Kudat dan Kunak,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan dialog dengan pegawai-pegawai kerajaan tempatan di sini semalam.

-------------

Pembinaan Jalan Chong Thien Vun diteruskan

image TAWAU 5 Jun – Projek pembinaan Jalan Chong Thien Vun di sini yang tertangguh sejak beberapa bulan lalu dijangka mampu disiapkan selewat-lewat Oktober ini selepas pihak berkaitan mencapai penyelesaian terhadap perkara-perkara yang menjadi penghalang sebelum ini.

Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur negeri, Pang Yuk Ming berkata, antara penyelesaian yang dicapai adalah pihak kerajaan akan menggunakan Seksyen 3, Akta Pengambilan Tanah bagi menyelesaikan isu tanah di sekitar jalan tersebut.

Selain itu, katanya, beliau juga akan meminta agensi-agensi terlibat dengan projek pembinaan jalan itu supaya menyediakan jadual kerja sistematik bagi memastikan tidak lagi berlaku kelewatan ke atas pembinaan jalan berkenaan.

“Saya berharap jalan itu dapat disiapkan selewat-lewatnya Oktober ini atau lebih awal daripada itu.

‘‘Kita tidak mahu lagi berlakunya kelewatan kerana ketika ini pengguna Jalan Chong Thien Vun sering terperangkap dalam kesesakan disebabkan oleh keadaan jalan yang masih belum siap,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan