Khamis, 04 Jun 2009
myMetro » Setempat
KUALA LUMPUR: Penduduk Seksyen 2, Wangsa Maju di sini hairan apabila tindakan merobohkan menara telekomunikasi haram milik sebuah syarikat terkemuka berhampiran kawasan perumahan mereka dibuat sambil lewa.
Selepas lebih sebulan dirobohkan, sisa struktur menara berkenaan termasuk tiga tiang utama belum dibersihkan.
Menara 30 meter yang didirikan atas tanah milik DBKL di Jalan 4/27 A berhampiran Pusat Penjaja Wangsa Maju Seksyen 2 itu dirobohkan syarikat telekomunikasi terbabit 29 April lalu, selepas hanya dua bulan beroperasi.
Bagaimanapun, tindakan merobohkan menara itu belum mampu meredakan kemarahan penduduk yang tidak berpuas hati dengan kerja meruntuhkan menara yang tidak dilakukan sepenuhnya.
Bengang dengan situasi terbabit, penduduk membuat aduan kepada Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong melalui laman blognya.
Bagaimanapun, tidak lama selepas sidang akhbar berlangsung tengah hari semalam, beberapa lori dan kenderaan DBKL bersama pekerja memulakan kerja membersihkan sisa menara terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan