Ahad, Mei 17, 2009

"SAYA TIDAK AKAN CAMPURTANGAN ISU JAMBATAN BENGKOK - MAHATHIR

st-georgegascon-mahathir Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan beliau tidak akan campurtangan dalam keputusan kerajaan sama ada akan menyambung semula projek pembinaan jambatan bengkok di Johor atau sebaliknya.

"Walaupun saya berpendapat tidak ada sebab projek itu tidak boleh diteruskan...saya tidak ada keputusan untuk dibuat, mungkin kerajaan sekarang ada,"

Berhubung isu kurang keyakinan dan hilang kepercayaan rakyat terhadap akhbar-akhbar utama, Dr Mahathir berkata pemilik-pemilik akhbar tersebut sememangnya mengetahui keadaan itu tetapi mereka tidak dapat berbuat apa-apa kerana dibayangi pihak-pihak tertentu.

"Jika akhbar perdana mahu dilihat relevan, akhbar itu perlu membina semula keyakinan mereka. Hanya siarkan hal yang benar dan buat analisis yang betul berdasarkan kebenaran. Jangan selalu lihat sudut politik,"

-

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan