Isnin, Mei 25, 2009

PERMINTAAN BERAS KAMPUNG MENINGKAT 60 PERATUS TAHUN INI

KENINGAU, 25th May, 2009: Permintaan terhadap beras kampung meningkat 60 peratus dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Menurut pedagang bebas beras tempatan, peningkatan permintaan itu dipengeruhi oleh factor kualiti, apa yang mereka sifatkan sebagai lebih terjamin berbanding beras import.

image “Beras kampung mempunyai daya tahan dan kualiti tersendiri, disamping aromanya yang tidak ada tandingan” jelas seorang pelanggan yang hanya mahu dikenali sebagai Mary.

Berbanding beras kampung, Mary berkata sesetengah beras import tidak dapat bertahan lama.

image Tinjauan yang dibuat mendapati pelbagai versi beras tempatan diperdagangkan di pasaran tamu minggu, antarannya Beras Bario, Beras Wangi, Beras Brunei, Beras Panjang dan lebih menarik ‘beras tapai’ turut dijual.

Beras tempatan yang sinonim dengan panggilan ‘beras kampung’ laris dijual dengan harga antara RM12 hingga RM10 sekilogram, menyaksikan produk tempatan itu berpotensi untuk dikomersilkan.

image Sebelum ini, Wakil Rakyat Liawan, Datuk Hj. Sairin Hj. Karno, pernah mencadangkan subsidi padi bukit turut diberikan sebagai galakan kepada penduduk menceburi bidang yang amat menguntungkan itu.

Ketika ini kerajaan memberikan subsidi terhadap aktiviti penanaman padi sawah.

Sehubungan dengan itu, petani di daerah ini mahu supaya status cadangan pemberian subsidi ke atas penanaman padi bukit itu diperjelaskan, bagi membolehkan penyertaan dalam industri itu lebih menggalakkan.

image Pengeluaran beras tempatan boleh mengekang pergantungan terhadap beras import, sekaligus dapat mengawal pengaliran wang rakyat ke luar negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan