Sabtu, Mei 09, 2009

PENILAIAN KECERIAAN KELAS SMK DATU PADUKA MAT SALLEH RANAU

Ranau, 7hb. Mei 2009: Bertempat di SMK Datu Paduka Mat Salleh Ranau, pihak sekolah telah mengadakan penilaian keceriaan kelas sempena “PROGRAM KECERIAAN KELAS BERMAKLUMAT” Fasa 1, Semester I 2009.

Penilaian telah dibuat oleh YDP PIBG SMK Datu Paduka Mat Salleh Yang Berusaha En. Suhaimi Manjun, Timbalan YDP Tuan Andereas Tebari dan AJK En. Affandy Ganie.

Menurut taklimat yang telah diberikan oleh En. Rasilan Johnny, guru penyelaras program, tema untuk kali ini adalah “KELAS MENDIDIK”. Jumlah kelas yang akan dinilai adalah 34 buah. Penilaiaan pemarkahan diambil kira dari segi KECERIAAN, KEBERSIHAN DAN MAKLUMAT yang dipersembahkan oleh setiap kelas sebagai asas.

 

IMG_2975Tuan Andereas merasmikan upacara ringkas sebelum memasuki salah sebuah kelas sebelum dinilai markah.

 IMG_2977Tuan YDP En. Suhaimi Manjun menguji salah satu gimmik yang di gunakan oleh salah sebuah kelas.

IMG_2991En. Rasilan Johnny guru penyelaras progarm yang turut mengiringi rombongan penilaian kelas.

 IMG_2947IMG_2940Taman-taman mini yang di ujudkan dalam kelas oleh pelajar kelas sendiri.

IMG_2986 IMG_2984Banner dan poster yang di hasilkan oleh pelajar sebagai kempen kesedaran mengenai pentingnya menjaga, memelihara dan kebersihan alam sekitar kita.

IMG_2988 IMG_2937 IMG_2967 IMG_2941Beberapa posisi susunan meja dan kerusi untuk pelajar yang menarik. Mungkin lebih kondusif kepada pelajar dan tenaga pengajar?

IMG_2980 IMG_2930  IMG_2981 IMG_2985 IMG_2990 Beberapa sudut-sudut ilmiah, ilham dan sumber-sumber maklumat diwujudkan demi memberi suasana kelainan untuk membuka dan menyuburkan minda pelajar.

 

IMG_2945 Penggunaan bahan kitar semula sebagai lapis meja. Satu idea yang menarik.

IMG_2946 IMG_2949IMG_2971IMG_2965Hasil kreativiti pelajar dan guru dalam menghasilkan dinding dan siling yang unik dan menarik.

 

IMG_2968IMG_2974Laluan koridor luar yang menarik dan ceria. Dan kempen kesedaran kitar semula dengan penyediaan kotak kitaran semula.

IMG_2931 IMG_2935 IMG_2936 IMG_2954

Salah satu kriteria penilaian adalah kerosakan yang terdapat dalam kelas. Penilai telah mendapati beberapa kerosakan yang perlu diambail perhatian oleh pihak Jabatan Pendidikan dan pihak berkenaan. Seperti membaiki dan menggantikan cermin-cermin tingkap yang hilang dan pecah, pembaikan siling yang bocor dan rosak, pembaikan kerosakan pada pendawaian elektrik dan juga terdapat blok bangunan kelas pelajar yang didapati tiada bekalan elektrik yang berpunca daripada masalah pendawaian.

Penilai mendengar rungutan daripada pelajar mengenai keadaan dalam kelas yang panas dan tidak selesa. Keadaan ini turut diarasai oleh YDP, Tim YDP semasa memasuki kelas semasa membuat penilaian.

Walaubagaimanapun kami mengucapakan syabas dan tahniah kepada pihak sekolah yang telah melaksanakan program ini dengan jayanya, program ini amat baik untuk membawa suatu kelainan kepada suasana dalam kelas dari segi suasana pengajaran dan pembelajaran kepada warga SMK Datu Paduka Mat Salleh Ranau.

Tidak dilupai juga ucapan terima kasih daripada kami kepada Tuan Pengetua Hj. Moin Bin Ahmad, guru-guru pengiring En. Rasilan Johnny dan En. Gahamat Silun dan pelajar-pelajar yang bersama-sama membantu dalam melaksanakan tugasan penilain kelas pada hari tersebut.

Syabas Dan Tahniah.

2 ulasan:

  1. Saya setuju kerana ada penilian keceriaan dalam kelas. usaha ini perlu di teruskan untuk mempertingkatkan lagi keceriaan dan kebersihan dlm kelas.Saya mencadangkan lagi supaya mengambil kira kebersihan,kekemasan dan keceriaan di dalam dapur di semua sekolah berasrama.

    BalasPadam