Isnin, Mei 04, 2009

'LINGGAMAN' MASIH DIGUNA

image RANAU: Ketika 'Tadau Kaamatan'http atau Pesta Menuai disambut di seluruh Sabah sepanjang bulan ini, petani di sini masih menuai dengan menggunakan 'linggaman' atau sabit dan peralatan membanting padi yang dikenali sebagai 'seraseh.'

image Mereka menuai dan membanting padi secara gotong-royong atau `mitatabang' dalam bahasa Kadazandusun bagi memastikan risiko kerosakan padi mampu dikurangkan.

image Seorang petani di Kampung Lohan, di sini, Muksin Gamani, 59, berkata proses menuai padi secara tradisional membabitkan proses `mengorib,' iaitu menuai dengan menggunakan sabit, menyusun batang padi dan membanting dengan menggunakan `seraseh.'

Katanya, bagi proses `mengomot,' iaitu menuai padi menggunakan `linggaman,' padi tidak dibanting menggunakan `seraseh,' sebaliknya dileraikan daripada tangkai dengan menggunakan tangan dan kaki.

Pesara kerajaan itu berkata, petani terpaksa bergantung kepada kaedah tradisi kerana mereka hanya mengusahakan sawah bersaiz kecil untuk keperluan sara diri.

"Tiada jentera penuai beroperasi di daerah ini. Kami menggunakan kaedah tradisi yang diwarisi daripada nenek moyang kami," katanya ketika ditemui di kampung itu, semalam.

image Petani di kampung itu dan sekitaranya seperti Kampung Lohan dan Kinopulidan kekal menggunakan `telinting,' iaitu tali yang dihiasi bakul plastik yang diikat pada kayu berbentuk patung atau orang-orang serta dipacakkan di tengah sawah untuk menghalau burung pipit yang memakan padi.

image Jainah Waau, 69, berkata padi yang dituai dimasukkan dalam beg galas tradisi dikenali `basung' yang kemudian disusun untuk proses membanting.

"Padi yang saya usahakan adalah untuk keperluan keluarga dan dijual kepada pelanggan di pekan Ranau dan Kundasang," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau bimbang tiada generasi muda berminat meneruskan kerja menanam padi, sekali gus bakal menyebabkan tanah berkenaan terbiar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan